Dengan nama Allah, Sufiah memulakan bicara...
Sufiah ialah insan biasa, seorang hamba seperti kalian. Jua punya kelemahan dam kelebihan.
~Seorang hamba yang kerdil di sisiNya. CintaNya yang Sufiah damba, sebelum hadir cinta manusia.
~Seorang anak kepada mak dan abah yang masih sihat tubuh badan. Alhamdulillah, dua insan hebat itu masih ada di dunia, Sufiah kira satu kesempatan yang Allah beri untuk berbakti kepada mereka di usia emas mereka.
~Seorang sahabat kepada sahabat-sahabat yang sangat hebat di medan perjuangan Islam.
~Seorang pejuang dan mujahidah Islam yang sentiasa ingin melihat Islam berada di hadapan, disanjung dan dimuliakan. I.Allah jasad dan jiwa Sufiah sentiasa bersama gerakan Islam yang membawa agenda meninggikan kalimah Allah di muka bumi.
~Jua seorang penuntut ilmu dalam jurusan agama di IPTA kawasan Lembah Klang...
RAMA-RAMA...
Begitulah ibarat diri Sufiah...
Ibarat rama-rama yang terbang melihat erti kehidupan. Pelbagai ragam dan dan keletah manusia yang Sufiah temui dalam kembara diri ini. Mengajar untuk Sufiah lebih memahami erti sebenar sebuah kehidupan.
Kehidupan seekor rama-rama sangat mencabar, ke mana saja ia pergi, pasti ada tangan-tangan nakal yang cuba merosakkan tubuhnya... Moga Sufiah dan anda yang bergelar muslimah diberi kekuatan melalui kehidupan dunia yang penuh pancaroba...

No comments:
Post a Comment