Tuesday, 17 May 2011

JOM KAJI... Sejauh Mana Kesihatan Kita??

Assalamualaikum...
Jom kita lihat sejauhmana kesihatan tubuh badan. Wallahua'lam, sejauh mana kesahihan fakta di bawah ini, Sufiah tidak ketahui. Namun, sekurang-kurangnya kita jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan motivasi dalam menjaga kesihatan kita.

Sekiranya ada yang berkaitan dengan diri kita, sama-sama kita ubah cara pemakanan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat...

LET'S SEE...

MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)


Mata menjadi merah:
~Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

Mata menjadi kabur:
~Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

Keluar tahi mata:
~Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

Keluar air mata:
~Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.

Ketegangan mata dan kelopak:
~Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)

Selsema
~Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
• Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung sebu
• Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
• Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

Bersin
• Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
• Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


Batuk
• Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
• Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
• Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

KERONGKONG

Kerongkong kering:
~Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

Bibir pucat
• Sistem penghadaman yang lemah.
• Perut mengandungi angin.
• Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.

MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)

Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.



TELINGA (Berkaitan dengan buah pinggang)

Telinga terasa tersumbat:
~Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

 Telinga berdengung:
~Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT

Peluh masin:
~Badan mengandungi lebihan asid urik.

Peluh berbau:
~Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

Ruam & Bisul:
~Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

Kulit Gatal Dengan Ruam:
~Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


Kulit Pecah & Berair:
~Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

Rambut Gugur:
~Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

Sendi Sakit
1. Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).
2. Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
3. Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


TANDA-TANDA DALAMAN


KEPALA
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:
• Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
• Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.

Bisul di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

MULUT/KERONGKONG

Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

Muntah Darah:
• Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
• Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.

Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.

Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman

KENCING

Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.

Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


BUANG AIR BESAR

Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.

Najis Berdarah:
• Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
• Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
 Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.

TINDAK BALAS BADAN

Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.
1. Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
2. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
3. Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
4. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

TINDAK BALAS EMOSI

Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.

Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:
• Sistem jantung yang lemah.
• Sistem saraf otak yang lemah.
• Masalah pengaliran darah.

Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.

Wallahu a’lam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...