Tuesday, 17 May 2011
Suara Hati Seorang Suami
Wahai isteriku…
Malam telah larut,
Dan aku melihat engkau telah terlelap dengan indahnya menuju mimpi-mimpimu,
Dapat aku melihat engkau tersenyum dengan indahnya di dalam tidurmu…
Wahai isteriku…
Beristirehatlah sebentar sebelum engkau bangun untuk mengerjakan solat malammu…
Wahai isteriku…
Dapatku melihat butir-butir keringat membasahi keningmu,
Mungkin kerana udara yang panas di malam ini membuatmu berkeringat dalam lena,
Memang kamar yang sempit ini tidak memikili penghawa dingin,
Tidak banyak memiliki hiasan dan perabot yang mahal,
Tidak juga kita beralaskan tilam yang empuk dan mewah.
Namun diriku selalu bersyukur kepada Allah Ta’ala,
Karena engkau menerima semua ini dengan lapang dada dan penuh kesabaran…
Wahai isteriku…
Sewa rumah akan habis satu bulan lagi,
Dan tabungan kita belum cukup untuk membayar sewa rumah ini satu tahun ke depan,
Semoga Allah Ta’ala memberikan kita tambahan rezeki,
Agar kita mampu memanjangkan sewa rumah kecil ini,
Agar kita terlindung dari terik panas dan dinginnya malam,
Agar anak-anak kita jua boleh bernaung dari derasnya hujan dan damainya memiliki tempat bermain,
Memang tidak luas rumah yang kita sewa ini,
Namun bersama dirimu dan anak-anak kita semuanya,
Ia menjadi taman syurga yang indah…
Wahai isteriku…
Kita memang tidak memiliki rumah yang luas sebagai sebahagian dari kebahagiaan,
Namun aku memiliki sebahagian kebahagiaan yang lain,
Iaitu dirimu sebagai isteri solehah yang selalu berada di sampingku,
Bersabar atas semua kesempitan dunia ini…
Wahai ibu dari anak-anaku…
Terima kasih kerana engkau tidak pernah mengeluh,
Kerana ketidakmampuan suamimu untuk membelikan sebuah rumah bagimu…
Duhai bidadari yang Allah pilihkan untukku,
Terima kasih kerana telah membangkitkan semangatku untuk ibadah kepada Allah Ta’ala di tengah-tengah kesulitan kita,
Terima kasih atas kesabaranmu mendidik anak-anak kita di tengah kekurangan ini.
Terima kasih wahai isteriku…
Engkau selalu mengingatkan diriku untuk sentiasa bersyukur,
Kepada Allah Ta’ala atas rezeki yang di berikanNya kepada kita,
Sehingga kita boleh makan setiap hari tanpa kekurangan…
Wahai isteri dari hamba yang dha’if…
Perkenankanlah ajakan suamimu untuk membina sebuah rumah,
Dan istana yang indah bagimu di syurga kelak,
Dunia ini bukan bahagian kita,
Dan kita tidak akan tinggal lama di dalamnya,
Biarlah kita kelak keluar dari kesempitan ini menuju kelapangan yang indah, InsyaAllah…
Wahai isteriku…
Mari kita bangunkan sebuah rumah di syurga dengan solat sunnah rawatib,
Berusahalah untuk menegakkannya walau di tengah kesibukanmu,
Mengurus rumah tangga dan anak-anak kita,
Berusahalah demi kebaikanmu dan kebaikan kita semua,
Aku akan membantumu dalam menjaga anak-anak kita,
Dan membantumu mengerjakan pekerjaan rumah yang mampu aku lakukan…
Wahai isteriku…
Mari kita bangun rumah di syurga dengan meninggalkan perdebatan,
Demi Allah, perdebatan itu hanya akan meninggalkan permusuhan dan kebencian,
Maka bersabarlah dalam dakwah,
Ketika engkau sedang menasihati seseorang maka perhatikanlah hak-haknya,
Jika dia bertanya kepadamu maka jawablah dengan baik sesuai dengan Al-Qur’an
dan Sunnah Rasulullah SAW, serta bersabarlah,
Jika ia mendebatmu maka tinggalkanlah dia…
Wahai isteriku…
Janganlah engkau banyak bergurau, apalagi jika engkau memnambahkan dengan dusta,
Sungguh kedustaan itu akan meruntuhkan bahagian rumahmu di syurga kelak…
Wahai isteriku…
Perbaguskanlah akhlakmu, berhiaslah dengan akhlak yang solehah,
Berdasarkan Al-Qur’an dan Sunnah,
Kerana bukan saja engkau akan mendapatkan sebuah rumah di bahagian teratas syurga,
Engkau juga akan mendapatkan kecintaan Allah Ta’ala,
Kemudian dari aku suamimu,
Dari anak-anakmu, dan dari kaum kerabatmu dan dari seluruh kaum muslimin…
Wahai isteriku…
Kenalilah dunia dengan segala perangkapnya dan segala keburukan di dalamnya,
“Barangsiapa yang mengenal dunia, niscaya dia tidak akan senang dgn kemegahan yg
ada didalamnya dan tidak akan bersedih dengan bencana yang ada di dalamnya”.
Kerana itu wahai isteriku…
Mari kita lalui kehidupan di dunia ini sebagaimana seseorang yang asing,
Sebagaimana seorang pengembara dalam perantauanya,
Mengambil seperlunya saja apa yg menjadi hak kita,
Karena kita akan meninggalkan negeri perantauan ini,
Dan kembali kepada kampung halaman akhirat yang kekal,
Mari kita kumpulkan bekal sebaik-baiknya,
Semoga kelak ketika kita pulang ke kampung halaman kita,
Ada sebuah rumah yang indah menanti kita,
Sebuah rumah yang telah kita bangun sejak jauh hari dari sekarang ini,
Ketika masìh di dunia ini…
Amiin…
JOM KAJI... Sejauh Mana Kesihatan Kita??
Assalamualaikum...
Jom kita lihat sejauhmana kesihatan tubuh badan. Wallahua'lam, sejauh mana kesahihan fakta di bawah ini, Sufiah tidak ketahui. Namun, sekurang-kurangnya kita jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan motivasi dalam menjaga kesihatan kita.
Sekiranya ada yang berkaitan dengan diri kita, sama-sama kita ubah cara pemakanan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat...
LET'S SEE...
MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)
Mata menjadi merah:
~Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
Mata menjadi kabur:
~Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
Keluar tahi mata:
~Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
Keluar air mata:
~Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
Ketegangan mata dan kelopak:
~Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)
Selsema
~Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
• Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung sebu
• Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
• Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Bersin
• Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
• Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Batuk
• Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
• Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
• Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
KERONGKONG
Kerongkong kering:
~Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
Bibir pucat
• Sistem penghadaman yang lemah.
• Perut mengandungi angin.
• Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.
MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)
Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
TELINGA (Berkaitan dengan buah pinggang)
Telinga terasa tersumbat:
~Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung:
~Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
KULIT
Peluh masin:
~Badan mengandungi lebihan asid urik.
Peluh berbau:
~Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
Ruam & Bisul:
~Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
Kulit Gatal Dengan Ruam:
~Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
Kulit Pecah & Berair:
~Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
Rambut Gugur:
~Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Sendi Sakit
1. Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).
2. Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
3. Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
KEPALA
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:
• Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
• Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.
Bisul di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
MULUT/KERONGKONG
Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Muntah Darah:
• Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
• Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.
Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman
KENCING
Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
BUANG AIR BESAR
Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
Najis Berdarah:
• Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
• Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.
TINDAK BALAS BADAN
Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.
1. Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
2. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
3. Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
4. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
TINDAK BALAS EMOSI
Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.
Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:
• Sistem jantung yang lemah.
• Sistem saraf otak yang lemah.
• Masalah pengaliran darah.
Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.
Wallahu a’lam

Peluh berbau:~Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

TANDA-TANDA DALAMAN

Say No to TOMATO?
Katakan 'TIDAK' kepada tomato?
Tetapi tahukah anda???
Buah tomato mengandungi sejenis bahan yang di namakan Lycopene yang dapat mencegah kedutan dan bintik hitam akibat sinaran Matahari. 80% kedutan dan bintik hitam adalah disebabkan oleh sinar matahari. Lycopene merupakan salah satu antioksida yang dapat menghentikan proses penuaan yang di sebabkan oleh sinaran matahari.
Dari kajian para saintis, Lycopene juga terkenal dengan khasiatnya dalam memerangi sakit jantung dan kanser. Oleh itu menggunakan tomato dalam menu anda adalah banyak khasiatnya kerana selain untuk tujuan kecantikan tomato dapat menghindar diri kita dari penyakit lainnya. Selain itu, Lycopene juga dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki. Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.
Berikut adalah petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato:
Mengecilkan Liang Roma
1. Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan 2 hingga 4 titik jus limau.
2. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan.
3. Biarkan selama 15 minit.
4. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.
Merawat Jerawat
1. Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat.
2. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.
Membersihkan Kulit Muka
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.
Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E – kesemuanya penting untuk kulit yang sihat.
1. Hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka.
2. Bilas selepas 20 ke 30 minit.
Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.
Menyejukkan Kulit Yang Rosak
1. Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt.
2. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit.
3. Bilas dengan air suam.
Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit. Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.
Baru tahu? Selamat mencuba petua di atas. Bagi yang kurang menggemari tomato, belajarlah untuk cuba menyesuaikan diri dengan rasa yang mungkin bagi anda kurang menyenangkan. Sama seperti Sufiah, masih belajar untuk menggemari tomato.
Kenapa? Kerana Sufiah tahu khasiatnya begitu banyak...
So, Still say NO to tomato?
Wah, macam-macam jenis tomato rupanya... =)
JOM JADI LEBIH SIHAT!!!
MENJAGA KESIHATAN JUGA SATU IBADAH (^_^)
Saturday, 14 May 2011
WANITA Yang Cantik
Wanita yang cantik..
“Wanita yang cantik adalah wanita yang dapat menjaga harga dirinya“.Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dipakainya. Bukan pula pada perhiasan yang menghiasi tubuhnya atau pada bentuk tubuh yang mengancam.
Kerana kecantikan wanita itu terpancar dari caranya melihat kehidupan dan berpegang pada prinsip yang sering berlainan dengan prinsip dunia. Saat dia melihat kehidupan, disitulah mata hatinya akan menyusuri erti dari kehidupan dan menjalaninya, sesuai dengan nuraninya.
Kecantikan bukan terletak pada eloknya wajah, tetapi dari kecantikan jiwanya yang penuh kasih sayang, dan mengambil berat sesama mereka.
.
Apa yang boleh membuat wanita dapat dihargai oleh lelaki apabila harga dirinya tidak dijaga ?Mereka berdandan bak puteri, menghiasi dirinya dengan perhiasan dan me”mekap” wajahnya dengan keindahan. Nampak indah dilihat, hingga tak seorang pun menyedari, ada sesuatu yang tersembunyi disebalik pesonanya.
mengapa banyak wanita yang rela menyerahkan dirinya hanya untuk kemewahan ? dan kesenangan dunia
Berani menanggalkan harga dirinya hanya untuk dapat menaiki kenderaan mewah, tinggal di apartment mewah, melancong diluar negeri dan sebagainya.
Wanita yang cantik, tidak akan menghalalkan semua cara untuk memenuhi keperluan dan keinginannya…
.
Wanita yang cantik, tidak akan mengganggu suami orang hanya untuk mendapatkan hartanya dengan mengatakan atas nama cinta…Wanita yang cantik, tidak akan menjajakan dirinya dijalanan hanya untuk sebuah alasan “demi membantu keluarga”
Wanita yang cantik, tidak akan melakukan “one nite stand” hanya untuk memuaskan hasratnya hingga melupakan martabatnya sebagai wanita…
Wanita yang cantik, tidak akan meninggalkan prinsip-prinsip yang dapat memagari dirinya dari berbagai macam godaan dunia…
Wanita yang cantik, tidak akan menjadi ibu yang membiarkan anaknya terjerumus dalam dunia kelam…
.
Wanita yang cantik adalah…
Seorang Ibu yang mendidik dan memagari anaknya dengan dengan kasih sayang dan iman percaya pada Tuhan
Seorang Wanita yang tetap berdiri pada jalan yang benar dan tidak berkompromi dengan sesuatu yang dia tahu dapat menyesatkan.
Seorang Wanita yang mengasihi keluarganya baik suami dan anak-anaknya.
Seorang Wanita yang memberikan warna positif dalam kehidupan setiap orang.
Seorang Wanita yang tidak menjual dirinya demi kemewahan. Kerana baginya kemewahan syurga yang lebih penting dicarinya.
Seorang Wanita yang tahu menempatkan dirinya dimanapun dia berada.
Seorang Wanita yang dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah.
Seorang wanita yang dapat menginspirasikan semua orang.
Dan terakhir, wanita yang cantik adalah wanita yang boleh menjaga harga dirinya, ditengah gelap dan gemerlapnya dunia ini.”Wallahu a’lam
Sumber: Menghargai Wanita Yang Cantik | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/menghargai-wanita-yang-cantik/#ixzz1MLN1JelI
Siapa Sufiah???
Dengan nama Allah, Sufiah memulakan bicara...
Sufiah ialah insan biasa, seorang hamba seperti kalian. Jua punya kelemahan dam kelebihan.
~Seorang hamba yang kerdil di sisiNya. CintaNya yang Sufiah damba, sebelum hadir cinta manusia.
~Seorang anak kepada mak dan abah yang masih sihat tubuh badan. Alhamdulillah, dua insan hebat itu masih ada di dunia, Sufiah kira satu kesempatan yang Allah beri untuk berbakti kepada mereka di usia emas mereka.
~Seorang sahabat kepada sahabat-sahabat yang sangat hebat di medan perjuangan Islam.
~Seorang pejuang dan mujahidah Islam yang sentiasa ingin melihat Islam berada di hadapan, disanjung dan dimuliakan. I.Allah jasad dan jiwa Sufiah sentiasa bersama gerakan Islam yang membawa agenda meninggikan kalimah Allah di muka bumi.
~Jua seorang penuntut ilmu dalam jurusan agama di IPTA kawasan Lembah Klang...
RAMA-RAMA...
Begitulah ibarat diri Sufiah...
Ibarat rama-rama yang terbang melihat erti kehidupan. Pelbagai ragam dan dan keletah manusia yang Sufiah temui dalam kembara diri ini. Mengajar untuk Sufiah lebih memahami erti sebenar sebuah kehidupan.
Kehidupan seekor rama-rama sangat mencabar, ke mana saja ia pergi, pasti ada tangan-tangan nakal yang cuba merosakkan tubuhnya... Moga Sufiah dan anda yang bergelar muslimah diberi kekuatan melalui kehidupan dunia yang penuh pancaroba...

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah, Sufiah memulakan bicara di ruang yang baru sahaja mula mengisi kekosongan. Sedikit perkongsian ilmu, karya penulisan dan kata nasihat bakal Sufiah warnai di ruang ini. Selamat berkenalan dan moga mendapat manfaat (^_^)
Subscribe to:
Posts (Atom)