Tuesday, 17 May 2011

Say No to TOMATO?

Katakan 'TIDAK' kepada tomato?
Kenapa? Anda tidak suka akan tomato?

Tetapi tahukah anda???


Buah tomato mengandungi sejenis bahan yang di namakan Lycopene yang dapat mencegah kedutan dan bintik hitam akibat sinaran Matahari. 80% kedutan dan bintik hitam adalah disebabkan oleh sinar matahari. Lycopene merupakan salah satu antioksida yang dapat menghentikan proses penuaan yang di sebabkan oleh sinaran matahari.

Dari kajian para saintis, Lycopene juga terkenal dengan khasiatnya dalam memerangi sakit jantung dan kanser. Oleh itu menggunakan tomato dalam menu anda adalah banyak khasiatnya kerana selain untuk tujuan kecantikan tomato dapat menghindar diri kita dari penyakit lainnya. Selain itu, Lycopene juga dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki. Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.



Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.

Berikut adalah petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato:

Mengecilkan Liang Roma

1. Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan 2 hingga 4 titik jus limau.
2. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan.
3. Biarkan selama 15 minit.
4. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.

Merawat Jerawat

1. Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat.
2. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

Membersihkan Kulit Muka

Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.
Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E – kesemuanya penting untuk kulit yang sihat.

1. Hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka.
2. Bilas selepas 20 ke 30 minit.

Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

Menyejukkan Kulit Yang Rosak

1. Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt.
2. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit.
3. Bilas dengan air suam.

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit. Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.



Baru tahu? Selamat mencuba petua di atas. Bagi yang kurang menggemari tomato, belajarlah untuk cuba menyesuaikan diri dengan rasa yang mungkin bagi anda kurang menyenangkan. Sama seperti Sufiah, masih belajar untuk menggemari tomato.
Kenapa? Kerana Sufiah tahu khasiatnya begitu banyak...



So, Still say NO to tomato?



Wah, macam-macam jenis tomato rupanya... =)




JOM JADI LEBIH SIHAT!!!
MENJAGA KESIHATAN JUGA SATU IBADAH (^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...